Masa: 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat: Kelab Diraja Sungei Ujong
Pertama kali dalam sejarah penubuhan Koperasi SMKPZ Berhad, mesyuarat ahli lembaga Koperasi SMKPZ diadakan di Kelab Diraja Sungei Ujong. Mesyuarat pada hari ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi Koperasi SMKPZ Berhad, Puan Hajah Hamidah binti Burok. Alhamdulillah, semua alk turut hadir tanpa keuzuran pada kali ini.
Di dalam mesyuarat pada kali ini antara agenda yang telah dibincangkan ialah laporan aktiviti setiap pengurus, cadangan penambahbaikan serta perancangan aktiviti pada tahun hadapan.
Tatapi rakaman yang sempat saya rakam, maaf lampu dalam bilik mesyuarat tidak begitu terang yang mengakibatkan gambar-gambar sedikit kabur.
Puan Hajah Hamidah mempengerusikan majlis.
Pengurus-pengurus membentangkan laporan.
Mesyuarat sedang berlangsung.
Puan Hajah Hamidah sedang memperkatakan sesuatu.
Jamuan ringan. Ada mee goreng, kuetiau goreng, cucur udang dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment