Masa: 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SMK Pendeta Za'ba
Pada pagi ini telah diadakan majlis perpisahan untuk Puan Nik Norma binti Nik Mat yang telah bertukar ke SMK Seri Ampangan pada minggu yang lalu. Sesungguhnya pihak Koperasi SMK Pendeta Za'ba telah kehilangan salah seorang ahli lembaga koperasi yang sangat banyak berjasa selain berpengetahuan luas dalam hal-hal kewangan. Tugas bendahari yang ditinggalkan oleh beliau akan dipangku oleh Puan Farah Waheeda binti Shariff buat sementara waktu.
Kepada Puan Nik Norma, pihak kami mengucapkan ucapan jutaan terima kasih dan selamat bertugas ditempat baru.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.
Puan Nik Norma sedang menyampaikan ucapan perpisahan.
Pelajar-pelajar PPKI SMKPZ sangat fokus semasa majlis berlangsung.
Puan Ramona binti Rosli, Pengetua SMK Pendeta Za'ba menyampaikan cenderahati bagi pihak koperasi kepada Puan Nik Norma binti Nik Mat.
No comments:
Post a Comment