Wednesday 30 December 2015

Koperasi SMKPZ Diserbu Pelanggan

Tarikh: 31 Disember 2015 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Koperasi SMKPZ

Hari ini ahli-ahli lembaga koperasi dan pengawas-pengawas koperasi tak menang tangan melayan pelanggan yang berbondong-bondong datang bagi mendapatkan keperluan persekolahan mereka. Jumlah pelanggan yang ramai ini adalah disebabkan pada pagi ini berlangsungnya program pendaftaran pelajar tingkatan 1 ke sekolah ini.

Saksikan kemeriahan kedai koperasi pada pagi ini.

Para penjaga dan pelajar tingkatan 1 menyerbu ke kelas-kelas untuk urusan pendaftaran.

Barisan panjang di kedai koperasi.

Sabar menunggu.

Petugas di kaunter.

Tuesday 8 December 2015

Kedai Koperasi SMKPZ Berhad dibuka mulai 21 Disember 2015

Banner yang direkabentuk oleh Stylo Print, Seremban Dua.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kedai Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad akan mula beroperasi pada 21hb Disember 2015 pada jam 8.30 pagi.

Kedai koperasi akan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat.

Waktu operasi bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari

Kedai koperasi akan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Dapatkan keperluan persekolahan anda pada harga yang menarik!

Sekian, harap maklum.

Thursday 26 November 2015

One Stop Shoppe kini berdindingkan zink

Kalau naik sekolah nanti jangan terkejut melihat zink menjadi 'dinding' kepada One Stop Shoppe kesayangan kita. Jangan menyangkakan One Stop Shoppe telah berubah menjadi stor pula. Ini merupakan satu usaha Koperasi SMKPZ Berhad untuk memberi 'perlindungan' produk-produk jualannya daripada tempias hujan, cahaya panas matahari, gangguan kucing dan juga kemungkinan tangan-tangan nakal daripada cubaan menggunakan galah bagi melaksanakan kegiatan mencuri.
Kerja-kerja memasang zink ini telah bermula dan selesai semasa minggu pertama cuti persekolahan akhir tahun 2015 yang lalu iaitu bermula pada 24 November 2015 dan berakhir pada 25 November 2015.
Dengar cerita selepas ini One Stop Shoppe akan memasang penyaman udara dua kuasa kuda bagi membantu menyejukkan suasana di dalamnya.

 Zink disusun.

 Kerja memasang zink sedang dijalankan.

 Satu panel dah siap dipasang.

 Kalau warna hijau kuning mesti dituduh penyokong Kedah.

 Papan kenyataan dipasang kembali.

Pengurus Besar Koperasi SMKPZ Berhad berkursus di Pulau Langkawi



Tajuk Kursus: Kursus Keusahawanan Koperator Wanita (KW6),
                   Kursus Pengurusan Kewangan Diri Koperator Wanita(KW7) 
                   Kursus Kreativiti Dan Inovasi Dalam Koperasi (KW)
Tarikh:          10/11/2015 hingga 13/11/2015
Tempat:        Hotel Grand Continental, Pulau Langkawi, Kedah 

Tahukah anda kenapa Mahsuri setelah ditikam mengeluarkan darah putih? Ini disebabkan tikaman yang dilakukan petanda mengenai dadanya. Ini mengakibatkan darah yang mengalir bercampur dengan air susu yang mana kebetulan Mahsuri ketika itu masih mempunyai anak kecil.

Bala yang diturunkan Allah bagi membalas kekejaman pemimpin Pulau Langkawi ketika itu bukan sedikit. Serangan tentera Siam amat dahsyat. Kampung, sawah, tempat simpanan padi dibakar. Kaum wanita pula diperkosa dan diikat hidung mereka seperti kerbau dan lembu diikat tali.

Berbalik kepada tajuk di atas, Pengurus Besar Koperasi SMKPZ Berhad, Puan Nor Wahidah binti Jalil telah berpeluang mengikuti kursus-kursus di atas anjuran Angkasa Negeri Sembilan. Semoga ilmu yang ditimba oleh beliau akan membantu memajukan lagi Koperasi SMKPZ Berhad. 


 Melawat Koperasi Serbaguna Kaum Ibu di Kubang Pasu Berhad.

Melawat kilang kopi Koperasi Kaum Ibu di Kubang Pasu.


Kilang Beras Koperasi Kaum Ibu di Kubang Pasu.

Beras yang telah dibungkus dan sedia untuk dipasarkan.


Taklimat dari pengerusi Koperasi Kaum Ibu Berhad Kubang Pasu.
 

 Puan Wahidah  membentangkan bengkel yang bertajuk Kreativiti dan Inovasi produk.

Peserta Kursus Koperator Wanita Negeri Sembilan.

Saturday 7 November 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 18 Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad

Tarikh: 6 November 2015 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Blok A SMKPZ


Pada hari ini telah diadakan mesyuarat di atas dengan ketetapan agenda seperti berikut:
  1. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 17. 
  2. Menimbangkan Laporan Ahli Lembaga, Laporan Juruaudit Dalam dan Juruaudit Luar serta Pandangan Ketua Pendaftar. 
  3. Menimbang dan meluluskan Akaun Teraudit Koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.
  4. Meluluskan Pembahagian Keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015. 
  5. Memilih Anggota Lembaga Koperasi bagi tahun 2015/2016. 
  6. Memilih Jawatankuasa Audit Dalaman. 
  7. Melantik satu panel firma audit untuk mengaudit akauan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016.
  8. Melantik satu jawatankuasa menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi SMKPZ Berhad kali ke 18 sesi 2015/2016. 
  9. Membentangkan Anggaran Bajet Koperasi SMK Pendeta Za’ba Berhad bagi tahun 2015/2016.
  10. Membentang dan membahaskan usul. 
  11. Ucapan penangguhan. 
Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini.

 Ahli-ahli koperasi mendaftar kehadiran.

 Majoriti yang hadir ialah ahli-ahli tingkatan empat.

 Ahli-ahli lembaga koperasi mengambil tempat.

 Pengacara-pengacara majlis.

 Mesyuarat berjalan dalam suasana yang harmoni.

 Mengaminkan doa pembuka majlis.

 Puan Hajah Hamidah binti Burok selaku Pengerusi Koperasi SMKPZ Berhad menyampaikan ucapan pembukaan.

 Salah seorang ahli koperasi menyokong minit mesyuarat yang lalu.

 Setiausaha Koperasi SMKPZ Berhad, Puan Nor Suakma binti Jaafar membacakan minit mesyuarat untuk pengesahan.

 Melihat akaun.

 Puan Nik Norma binti Nik Mat membentangkan laporan kewangan.

 Ahli koperasi bangun mencadangkan calon alk daripada kalangan murid.

 Saya menyokong nama-nama ini menjadi alk yang baru.

 Wajah-wajah yang bakal menjadi alk murid untuk sesi tahun depan.

 Puan Hajah Hamidah menerima cenderahati.

 Bergambar kenangan.

 Jamuan nasi beriani di kantin.

  Puan Nor Hayati (tengah) menyatakan sesuatu kepada pekerja kantin.

Thursday 15 October 2015

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi SMKPZ

Tarikh: 12 Oktober 2015 (Isnin)
Masa: 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat: Kelab Diraja Sungei Ujong

Pertama kali dalam sejarah penubuhan Koperasi SMKPZ Berhad, mesyuarat  ahli lembaga Koperasi SMKPZ diadakan di Kelab Diraja Sungei Ujong. Mesyuarat pada hari ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi Koperasi SMKPZ Berhad, Puan Hajah Hamidah binti Burok. Alhamdulillah, semua alk turut hadir tanpa keuzuran pada kali ini.
Di dalam mesyuarat pada kali ini antara agenda yang telah dibincangkan ialah laporan aktiviti setiap pengurus, cadangan penambahbaikan serta perancangan aktiviti pada tahun hadapan.
Tatapi rakaman yang sempat saya rakam, maaf lampu dalam bilik mesyuarat tidak begitu terang yang mengakibatkan gambar-gambar sedikit kabur.

 Puan Hajah Hamidah mempengerusikan majlis.

 Pengurus-pengurus membentangkan laporan.

 Mesyuarat sedang berlangsung.

 Puan Hajah Hamidah sedang memperkatakan sesuatu.

Jamuan ringan. Ada mee goreng, kuetiau goreng, cucur udang dan lain-lain.

Wednesday 30 September 2015

Seminar Wanita Penggerak Koperasi

Tarikh: 30 September 2015 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Palm Hotel, Seremban

Peranan wanita dalam pelbagai bidang sangat penting di negara kita. Wanita turut diakui memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan koperasi-koperasi di negara kita. Sehubungan itu seminar di atas dihadiri oleh dua wakil dari Koperasi SMKPZ Berhad iaitu Pengerusi Koperasi SMKPZ Berhad iaitu Puan Hajah Hamidah binti Burok dan ahli lembaga Koperasi SMKPZ Berhad iaitu Puan Sharul Afizah binti Idris.
Seminar yang dianjurkan oleh Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zakaria bin Mat Jusoh. Pelbagai ilmu telah dikongsikan di dalam seminar ini yang sangat berguna untuk manfaat bersama.

 Bergambar kenangan bersama bunting seminar.

Seminar sedang berlangsung.

Saturday 12 September 2015

Jalan-Jalan Di Vietnam

Pada jam 5.50 petang 28 Ogos 2015 yang lalu, ahli-ahli Lembaga Koperasi SMKPZ dan beberapa guru SMKPZ serta ahli keluarga mereka telah melakukan rombongan ke Vietnam. Mengambil peluang cuti hujung minggu yang panjang sebelum tibanya Cuti Hari Kebangsaan Malaysia, penerbangan mereka telah tiba pada jam 6.45 petang waktu Vietnam.
Menurut ketua rombongan Cik Kiah Ke Vietnam, iaitu Puan Nor Wahidah, lawatan ke Vietnam sungguh menarik kerana mereka telah berpeluang membeli-belah pelbagai barangan pada harga yang menarik di samping menikmati makanan yang lazat.
Ahli-ahli rombongan selamat tiba di Malaysia pada jam 1.50 petang waktu Malaysia 30 Ogos 2015 yang lalu.
Khabarnya hujung tahun ini nak pergi lagi ke Vietnam. Hubungi Puan Nor Wahidah, Pengurus Besar Koperasi SMKPZ untuk maklumat lanjut.
Tatapi rakaman gambar yang sempat dirakam.

 Makan malam hari pertama.

Sarapan pagi di hotel.

 Makan tengah hari pada hari kedua. Masak asam sangat sedap.

Bergerak menuju ke Bah Tan.

Di hadapan Pasar Bah Tan yang sangat terkenal di Vietnam.

Bergambar di hadapan salah sebuah restoren yang menghidangkan makanan halal di Vietnam.

 Berangkat pulang ke Malaysia.

Tempahan Hamper

Koperasi SMK Pendeta Za'ba menyediakan perkhidmatan pembungkusan hamper mengikut kehendak para pelanggannya. Para pelanggan terdiri daripada panitia-panitia di SMKPZ dan juga organisasi luar.
Bagi tempahan yang dalam jumlah yang besar, adalah dicadangkan pihak tuan/puan berhubung seminggu lebih awal bagi memastikan tempahan dapat disiapkan pada masanya.

 Puan Nor Wahidah (kiri) dan Puan Norizah sedang membungkus hamper.

Cekap. Siap dalam masa beberapa minit sahaja.

Antara hamper yang menunggu diambil pelanggan.