Saturday 19 November 2016

Persediaan Persekolahan Tahun 2017

Untuk pengetahuan semua warga SMKPZ serta yang bakal menjadi warga SMKPZ (bakal pelajar SMKPZ 2017 terutamanya), Kedai Koperasi SMKPZ Berhad akan dibuka setiap hari mulai 19 Disember 2016 (Isnin) pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Tetapi jangan datang duduk tercongok di hadapan kedai koperasi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum ya, tak buka pada hari-hari tu.

 Mengisi buku-buku ke dalam beg khas.
 
 Tersusun rapi.
 
 Sibuk untuk persiapan tahun 2017.
 
 Mesti ada beratus-ratus beg ni.
 
Banner ini ada tergantung di hadapan sekolah.

Jumble Sale Koperasi SMKPZ Berhad

Bermula minggu ini sehinggalah ke hari akhir persekolahan, dapatkan pelbagai barangan pada diskaun yang hebat. Dengar cerita Tupperware yang asalnya berharga RM20 ke atas ada potongan 50%.
Kata Pengurus Besar Koop SMKPZ Berhad, "Kalau lambat habis!"



Saturday 12 November 2016

Mesyuarat Agung Tahunan Ke 19 Koperasi SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 10 November 2016 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Kelas Blok A

Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 19 Koperasi SMK Pendeta Za'ba. Mesyuarat telah berlangsung dalam suasana yang penuh harmoni dan ukhwah.

 Laporan kewangan sedang diedarkan.

 Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengerusi SMK Pendeta Za'ba Berhad (tengah) mempengerusikan mesyuarat.

 Mesyuarat sedang berlangsung.

 Laporan sedang dibentangkan.

 Salah seorang ahli koperasi mengutarakan cadangan.

 Ahli koperasi ini pula menyokong cadangan yang disampaikan rakannya sebentar tadi.

 Puan Hajah Hamidah menerima cenderamata daripada Puan Norhayati binti Abdul Rahman, GPK Ko-Kurikulum SMK Pendeta Za'ba.

Jamuan ringan sedang diedarkan.