Monday 20 February 2017

Mesin Cetak Duit Di One Stop Shoppe

Tarikh: 15 Februari 2017 (Rabu)
Masa: 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang
Tempat: One Stop Shoppe

Pada hari ini mesin cetak duit di One Stop Shoppe tak berhenti-henti mencetak duit untuk diagihkan kepada orang ramai. Ramai yang tak melepaskan peluang untuk mengambil wang yang dicetak oleh Cikgu Wahidah dan Cikgu Norizah.
Ha, ha, ha kena tipu! Sebenarnya pada hari ini One Stop Shoppe sibuk melayan para penjaga yang ingin membuat salinan kad pengenalan mereka.
Salinan kad pengenalan penjaga merupakan salah satu dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan wang RM100 bagi Program Bantuan Awal Tahun Persekolahan. Sungguh beruntung pihak koperasi kerana nampak masalah peluang yang bakal wujud dalam program-program sebegini.
Tatapi rakaman gambar mesin cap duit fotokopi.

 Kalau fotostat 5 boleh dapat RM500 ka? Tak, itu kalau 5 anak boleh dapat RM500.

 Pakai baju polis tapi kerja kedai fotostat, heran, heran...

 Berhenti rehat.

 Barang-barang jualan di One Stop Shoppe.

Buku-buku agama terkini yang dijual di One Stop Shoppe.

Tuesday 7 February 2017

Koperasi SMK Pendeta Za'ba menjalankan tanggungjawab korperatnya

Tarikh: 7 Februari 2017 (Selasa)
Masa: 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang
Tempat: Restoren Melewar, Senawang

Pada hari ini Koperasi SMK Pendeta Za'ba menjalankan tanggungjawab korperatnya dengan mengadakan satu majlis khas penyampaian bantuan kewangan kepada 10 orang pelajar miskin SMK Pendeta Za'ba di Restoren Melewar, Senawang. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengerusi Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad.
Dalam ucapannya beliau mengingatkan kepada semua penerima bantuan kewangan agar menggunakan bantuan yang telah diterima sebaik-baiknya. Kepada ahli-ahli lembaga koperasi pula beliau menyarankan agar berusaha dengan lebih kuat lagi untuk menambah dana di dalam tabung-tabung koperasi sekolah.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Para penerima bantuan bergambar kenangan.
 
 Puan Farah mengacarakan majlis.

 Puan Hajah Hamidah menyampaikan ucapan beliau.

 Mendengar ucapan dengan penuh khusyuk.

 Antara pelajar lelaki yang menerima bantuan.

 Antara pelajar perempuan yang menerima bantuan.

 Jamuan bermula.

 Syukur dapat menikmati jamuan yang sedap.

 Ahli-ahli lembaga koperasi menikmati jamuan.

Para tetamu kehormat menikmati jamuan.

Perkhidmatan Fotostat dan Jualan Buku-Buku Agama Islam

Kepada semua warga SMKPZ ada berita gembira untuk anda semua!

Mulai minggu ini One Stop Shoppe menawarkan perkhidmatan fotostat pada harga yang menarik.

 Senarai harga bagi perkhidmatan fotostat.

 Puan Nor Wahidah sibuk memenuhi pesanan.

Bagi mereka yang ingin mendalami ilmu agama Islam, terdapat stok buku-buku baru untuk anda miliki.

Antara koleksi buku-buku agama Islam yang ditawarkan.

Wednesday 1 February 2017

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi SMKPZ Berhad Kali Pertama Sesi 2017

Tarikh: 1 Februari 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Wawasan, SMK Pendeta Za'ba

Pada hari hari ini telah diadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi SMKPZ Berhad Kali Pertama Sesi 2017. Mesyuarat pada pagi ini telah dihadiri oleh semua Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi SMKPZ Berhad.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengerusi Koperasi SMK Pendeta Za'ba. Pengerusi di dalam ucapannya telah menegaskan kepentingan menerapkan sifat siddiq, tabligh, amanah dan fatanah di kalangan ahli-ahli lembaga koperasi guru dan pelajar bagi meneruskan kejayaan Koperasi SMKPZ Berhad.
Beliau turut mengutarakan beberapa idea bernas bagi terus memajukan koperasi seperti mengadakan aktiviti jualan bulanan dan mempelbagaikan lagi jualan di kedai koperasi serta One Stop Shoppe. Para pengurus juga turut membentangkan laporan aktiviti bagi tahun 2016 serta perancangan bagi tahun 2017.
Saksikan rakaman yang sempat saya buat.

Puan Hajah Hamidah mempengerusikan mesyuarat.
 
 Mesyuarat berlangsung dalam suasana muhibah.

Puan Hazalila (bertudung ungu) menggantikan Puan Nor Suakma sebagai Setiausaha Koperasi SMKPZ Berhad mulai tahun ini.