Saturday 7 October 2017

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad

Tarikh: 27 September 2017 (Rabu)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMK Pendeta Za'ba

Kalau di sebelah pagi tadi berlangsungnya Mesyuarat Agung Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Kali Ketujuh Belas di sekolah ini, maka di sebelah petangnya pula berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad Kali Kedua Puluh. Sebagaimana mesyuarat-mesyuarat yang terdahulu, pelbagai agenda telah dibincangkan. Antara yang terpenting ialah penubuhan lebih banyak tabung-tabung untuk kebajikan warga koperasi SMKPZ dan penggabungan lokasi operasi kedai koperasi dan One Stop Shoppe di tempat yang sama.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.


Saudara Yasser bin Rosman dan Saudari Nurizzati binti Kamarudin mengacarakan majlis.
 Mengaminkan bacaan doa oleh Saudara Muhd Firdaus bin Tajudin.

 Amin.

 Khusyuk mengikuti mesyuarat.

 Puan Ramona binti Rosli, Pengetua SMK Pendeta Za'ba merangkap Pengerusi Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad sedang berucap.

 Puan Hazalila binti Abdul Halim, Setiausaha Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad sedang berucap.

 Ahli koperasi sedang menyatakan sokongan.

 Puan Farah Waheeda binti Shariff, Bendahari Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad sedang membentang laporan kewangan.

 Auditor dalaman sedang membentang laporan beliau.

 Puan Rosmala binti Mustapa sedang menyampaikan cadangan beliau.

 Puan Nor Wahidah binti Jalil menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong koperasi.

 Puan Fa'izah binti Hamil (kiri) selaku Timbalan Pengerusi Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad sedang menyampaikan cenderahati kepada ahli-ahli lembaga koperasi.

 Tibalah kita ke penghujung mesyuarat.

 Jamuan ringkas tajaan pihak koperasi.

Meja makan VIP.