Wednesday 27 September 2017

Mesyuarat Agung Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad Kali Ke-17

Tarikh: 26 September 2017 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMK Pendeta Za'ba

Pihak SMKPZ pada hari ini sangat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak Gabungan untuk menjadi tuan rumah mesyuarat di atas. Program tahunan pihak Gabungan ini membabitkan sejumlah 250 peserta daripada seluruh Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada hari ini dan saksikanlah rakaman yang sempat dibuat.

 Encik Muhammad Syafiq bin Mat Husin, Pengurus Cawangan Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad sedang menyampaikan ceramah berkaitan produk-produk yang ditawarkan bank beliau.

 Tekun mengikuti ceramah.

 Tekun mengikuti ceramah.

 Kaunter pendaftaran sangat teratur.

 Majlis perasmian bermula.

 Saudara Mohammad Iskandar Sham bin Zahreen membaca doa perasmian majlis.

 Yang Berbahagia Encik Muzir bin Ab Manan, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sedang menyampaikan ucapan perasmian.

 Sesi penyampaian cenderahati.

 Koperasi SMKPZ tidak ketinggalan membuka booth di dalam dewan semasa program ini berlangsung.

 Mesyuarat bermula.

 Terbau-bau ayam masak lemak cili api yang sedang dihidang di bahagian belakang dewan.

 Jualan kain sapu tangan cenderahati Koperasi SMKPZ.

 Mug cenderahati Koperasi SMKPZ, 'killer product' koperasi sekolah kita.

 Buku catatan SMKPZ turut dijual.

 Tadi beratur untuk daftar kehadiran, ini untuk menuntut elaun kehadiran pula.

Jamuan tengah hari.Menunya nasi putih, ayam masak lemak cili padi, sayur campur goreng, buah tembikai dan air sirap.