Monday 27 July 2015

Koperasi SMKPZ Sdn Bhd menyumbang untuk Program Perkampungan Ilmu Tingkatan 3

Bagi menjalankan tanggungjawabnya sosialnya untuk menyokong peningkatan pencapaian akademik sekolah, Koperasi SMKPZ Sdn Bhd menyumbang untuk Program Perkampungan Ilmu Tingkatan 3 SMKPZ dengan menyumbangkan fail dan pensel untuk setiap peserta perkampungan ilmu tersebut.
Perkampungan ilmu pada kali ini telah diadakan Dewan Seri Pendeta SMKPZ pada 24 hingga 25 Julai 2015 (Jumaat hingga Sabtu).

Meletakkan barangan sumbangan di depan dewan.

Bergotong-royong memasukkan pensel ke dalam fail.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

Koperasi SMK Pendeta Za'ba Sdn Berhad ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua ahli-ahli, para pembekal dan pelanggan-pelanggan setia kami.
Terima kasih di atas segala sokongan terutamanya pembelian pelbagai kuih raya semasa bulan Ramadhan yang lalu.
Bagi ahli-ahli koperasi yang ingin meletakkan barangan jualan boleh berhubung terus dengan Pengurus Besar, Puan Nor Wahidah setiap hari persekolahan, pada waktu persekolahan di One Stop Shoppe.

Gambar hiasan: Teruskan tradisi bermaaf-maafan di bulan mulia ini