Thursday 26 November 2015

One Stop Shoppe kini berdindingkan zink

Kalau naik sekolah nanti jangan terkejut melihat zink menjadi 'dinding' kepada One Stop Shoppe kesayangan kita. Jangan menyangkakan One Stop Shoppe telah berubah menjadi stor pula. Ini merupakan satu usaha Koperasi SMKPZ Berhad untuk memberi 'perlindungan' produk-produk jualannya daripada tempias hujan, cahaya panas matahari, gangguan kucing dan juga kemungkinan tangan-tangan nakal daripada cubaan menggunakan galah bagi melaksanakan kegiatan mencuri.
Kerja-kerja memasang zink ini telah bermula dan selesai semasa minggu pertama cuti persekolahan akhir tahun 2015 yang lalu iaitu bermula pada 24 November 2015 dan berakhir pada 25 November 2015.
Dengar cerita selepas ini One Stop Shoppe akan memasang penyaman udara dua kuasa kuda bagi membantu menyejukkan suasana di dalamnya.

 Zink disusun.

 Kerja memasang zink sedang dijalankan.

 Satu panel dah siap dipasang.

 Kalau warna hijau kuning mesti dituduh penyokong Kedah.

 Papan kenyataan dipasang kembali.

Pengurus Besar Koperasi SMKPZ Berhad berkursus di Pulau Langkawi



Tajuk Kursus: Kursus Keusahawanan Koperator Wanita (KW6),
                   Kursus Pengurusan Kewangan Diri Koperator Wanita(KW7) 
                   Kursus Kreativiti Dan Inovasi Dalam Koperasi (KW)
Tarikh:          10/11/2015 hingga 13/11/2015
Tempat:        Hotel Grand Continental, Pulau Langkawi, Kedah 

Tahukah anda kenapa Mahsuri setelah ditikam mengeluarkan darah putih? Ini disebabkan tikaman yang dilakukan petanda mengenai dadanya. Ini mengakibatkan darah yang mengalir bercampur dengan air susu yang mana kebetulan Mahsuri ketika itu masih mempunyai anak kecil.

Bala yang diturunkan Allah bagi membalas kekejaman pemimpin Pulau Langkawi ketika itu bukan sedikit. Serangan tentera Siam amat dahsyat. Kampung, sawah, tempat simpanan padi dibakar. Kaum wanita pula diperkosa dan diikat hidung mereka seperti kerbau dan lembu diikat tali.

Berbalik kepada tajuk di atas, Pengurus Besar Koperasi SMKPZ Berhad, Puan Nor Wahidah binti Jalil telah berpeluang mengikuti kursus-kursus di atas anjuran Angkasa Negeri Sembilan. Semoga ilmu yang ditimba oleh beliau akan membantu memajukan lagi Koperasi SMKPZ Berhad. 


 Melawat Koperasi Serbaguna Kaum Ibu di Kubang Pasu Berhad.

Melawat kilang kopi Koperasi Kaum Ibu di Kubang Pasu.


Kilang Beras Koperasi Kaum Ibu di Kubang Pasu.

Beras yang telah dibungkus dan sedia untuk dipasarkan.


Taklimat dari pengerusi Koperasi Kaum Ibu Berhad Kubang Pasu.
 

 Puan Wahidah  membentangkan bengkel yang bertajuk Kreativiti dan Inovasi produk.

Peserta Kursus Koperator Wanita Negeri Sembilan.

Saturday 7 November 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 18 Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad

Tarikh: 6 November 2015 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Blok A SMKPZ


Pada hari ini telah diadakan mesyuarat di atas dengan ketetapan agenda seperti berikut:
  1. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 17. 
  2. Menimbangkan Laporan Ahli Lembaga, Laporan Juruaudit Dalam dan Juruaudit Luar serta Pandangan Ketua Pendaftar. 
  3. Menimbang dan meluluskan Akaun Teraudit Koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.
  4. Meluluskan Pembahagian Keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015. 
  5. Memilih Anggota Lembaga Koperasi bagi tahun 2015/2016. 
  6. Memilih Jawatankuasa Audit Dalaman. 
  7. Melantik satu panel firma audit untuk mengaudit akauan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016.
  8. Melantik satu jawatankuasa menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi SMKPZ Berhad kali ke 18 sesi 2015/2016. 
  9. Membentangkan Anggaran Bajet Koperasi SMK Pendeta Za’ba Berhad bagi tahun 2015/2016.
  10. Membentang dan membahaskan usul. 
  11. Ucapan penangguhan. 
Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini.

 Ahli-ahli koperasi mendaftar kehadiran.

 Majoriti yang hadir ialah ahli-ahli tingkatan empat.

 Ahli-ahli lembaga koperasi mengambil tempat.

 Pengacara-pengacara majlis.

 Mesyuarat berjalan dalam suasana yang harmoni.

 Mengaminkan doa pembuka majlis.

 Puan Hajah Hamidah binti Burok selaku Pengerusi Koperasi SMKPZ Berhad menyampaikan ucapan pembukaan.

 Salah seorang ahli koperasi menyokong minit mesyuarat yang lalu.

 Setiausaha Koperasi SMKPZ Berhad, Puan Nor Suakma binti Jaafar membacakan minit mesyuarat untuk pengesahan.

 Melihat akaun.

 Puan Nik Norma binti Nik Mat membentangkan laporan kewangan.

 Ahli koperasi bangun mencadangkan calon alk daripada kalangan murid.

 Saya menyokong nama-nama ini menjadi alk yang baru.

 Wajah-wajah yang bakal menjadi alk murid untuk sesi tahun depan.

 Puan Hajah Hamidah menerima cenderahati.

 Bergambar kenangan.

 Jamuan nasi beriani di kantin.

  Puan Nor Hayati (tengah) menyatakan sesuatu kepada pekerja kantin.