Sunday 31 July 2016

Rakaman Sekitar Karnival Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad

Tahun ini berbekalkan telefon Samsung J5 saya, saya telah pusing2 sekitar karnival pada tahun ini. Tatapi beberapa rakaman yang sempat diambil.

AJK Kupon membuat jualah kupon di pondok pengawal keselamatan.

 Murid-murid PPKI sedang menguji lari permainan Play Station 2.

 Kesibukan memasak di dapur PPKI.

 Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Puan Pengetua belum habis ucapan, permainan Play Station terpaksa tutup lebih awal kerana rosak.
 
 Gerai-gerai sedang sibuk membuat persediaan.

 Masih awal jadi memang belum ramai pengunjung.

 Tetamu-tetamu di khemah VIP.

 Menunggu perniagaan bermula.

Puan Pengetua memotong reben melepaskan belon perasmian karnival.
 
 Puan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada wakil daripada Bank Rakyat.

 Hadiah-hadiah yang bakal dibawa pulang.

 Booth refleksologi dikunjungi Puan Faridah (kiri) dan Puan Rose Aida.

 Wakil daripada Bank Rakyat menyampaikan ucapan.

 Gerai Pentadbir menjual air.

Gerai PPKI menjual nasi bajet, keropok, sosej.
 
 Gerai Kelab Einstein menjual nasi goreng dan teh herba.

 Ayam-ayam mereka digoreng dan dimakan panas-panas.

 Cameraman turut mempromosi sosej jualan PPKI.

 Puan Pengetua menikmati jamuan di meja VIP.

 Tuan Haji Roslan, GPK HEM SMKPZ sedang menjual air oren.

Pertandingan mewarna sedang berlangsung di Dewan Seri Pendeta.
 
 Apa la, meniaga sikit sangat kambing bakar. Pagi-pagi lagi nak order dah abih.

 Wakil KPDNKK menyampaikan hadiah kepada pengunjung karnival yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat.

 Cikgu Shahrizal mengacarakan majlis.

 Cikgu Najib dan rakan-rakan mengendalikan booth karaoke.

Cikgu Mohd Abdullah (kiri) sedang memilih buku untuk dibeli.
 
 Gerai PPKI sangat laris hari ini.

Booth kosmetik sedang membuat demostrasi make up.

 Sedang karaoke dengan khusyuk.

 Kopi ais laris panas-panas ni.

 Membonceng motorsikal besar antara booth terlaris PIBG SMKPZ.

 Cikgu Karim menunjukkan tanda terbaik untuk teh tarik RM1nya.

 Cikgu Mahana sedang membungkus rojak buah.

Tayangan filem sedang berlangsung. Yang ini memang ramai penontonnya.
 
 Sesi penyampaian hadiah sedang berlangsung.

 Cikgu Norli (kanan) dan rakan-rakan menjual kupon.

 Usaha tangga kejayaan. Anak Puan Hasmah memenangi basikal kerana menjual kupon terbanyak untuk karnival tahun ini.

Yang ini kalau tak salah adalah pemenang penjual kupon terbanyak bagi kategori pelajar lelaki.

Wednesday 27 July 2016

Tentatif Program Karnival Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad

MASA                 AKTIVITI

7.00 pagi              Persiapan tempat berniaga
                            Pelajar berkumpul di Dataran SMK Pendeta Za'ba

7.30 pagi              Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Abdullah

7.45 pagi              Ucapan Perasmian oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok,
                            Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba

8.00 pagi              Ceramah Sembang Santai Bersama KPDNKK Negeri Sembilan
                            (Wakil dari Pegawai Hal Ehwal Pengguna Daerah Seremban)

9.00 pagi              Aktiviti Karnival
                            Jualan
                            Cabutan Bertuah
                            Pertandingan Mewarna

4.30 petang          Penyampaian Hadiah

5.00 petang          Bersurai

Monday 25 July 2016

Bawa Anak Anda Sertai Pertandingan Mewarna





Bawalah anak-anak anda yang berumur 4 hingga 12 tahun
untuk menyertai Pertandingan Mewarna bersempena dengan
Karnival Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad pada hari Sabtu ini (30 Julai 2016)

Pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi

Masa pertandingan ialah 9.00 pagi hingga 10.00 pagi

Bayaran RM2.00 untuk setiap peserta 

Pensel warna perlu dibawa oleh peserta sendiri semasa pertandingan

Wednesday 20 July 2016

Bahang Hari Karnival Koperasi SMKPZ kian terasa!

Pada hari ini (20 Julai 2016) Rabu, dengan bantuan Encik Dahlan dan Pakcik Daud, banner Hari Karnival Koperasi SMKPZ 2016 telah pun selamat dinaikkan di tiang-tiang roman gerbang masuk SMKPZ.
Datang jangan tak tak datang!

Encik Dahlan memasang tali pada banner.
 Pakcik Daud  tengah adjust ketegangan tali.

Terbaiklah!!!

Wednesday 13 July 2016

Majlis Sumbangan Pelajar Miskin & Cemerlang SMKPZ 2016 Anjuran Koperasi SMKPZ Berhad

Tarikh: 14 Julai 2016 (Rabu)
Masa: 1.00 petang
Tempat: Kelab Diraja Sungei Ujong

PENGENALAN
Majlis penyampaian sumbangan kepada ahli koperasi di kalangan pelajar yang kurang berkemampuan dan cemerlang dalam bidang akademik adalah untuk memberi sedikit penghargaan dan menunjukkan keperihatinan Koperasi SMK Pendeta Za’ba Berhad terhadap pelajar tersebut.

Setiap koperasi sekolah ada memperuntukkan kewangan dari tabung kewangan untuk pelajar yang terpilih dan merupakan salah satu tanggungjawab koperasi dalam membantu dan menghargai ahli-ahli koperasi.

OBJEKTIF
1. Menghargai dan meraikan ahli koperasi yang cemerlang dalam bidang akademik. 
2. Menanam sifat keperihatinan terhadap ahli koperasi yang kurang berkemampuan.

MATLAMAT
Mewujudkan kerjasama, menghargai, keperihatinan dan hubungan yang baik terhadap ahli koperasi SMK Pendeta Za’ba Berhad

Jumlah penerima cemerlang akademik: 15 orang
Jumlah penerima kurang berkemampuan: 20 orang

Rakaman gambar:
 
 Majlis bermula.

 Bacaan doa oleh Saudara Adam.

 Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ menyampaikan ucapan beliau.

 Tekun mendengar amanat yang disampaikan.

 Rezeki yang diperolehi koperasi dikongsi bersama.

 Wah cantik banner tu, sapa la yang design?

 Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah menyampaikan sumbangan.

 Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah menyampaikan sumbangan.

 Yang Berusaha Puan Norhayati binti Abdul Rahman, GPK Ko-Kurikulum mewakili Koperasi SMKPZ Berhad menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah binti Burok.

 Mengaminkan doa makan.

 Bersyukur dengan rezeki yang dinikmati bersama.

Habis semua makanan, tiada pembaziran.