Tuesday 28 June 2016

One Stop Shop Dikunjungi Penjaga Semasa Program 3 Penjuru

Tarikh: 24 Jun 2016 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: One Stop Shoppe

Pada hari ini bersempena dengan Program 3 Penjuru SMK Pendeta Za'ba, para penjaga yang hadir untuk melihat keputusan akademik anak-anak mereka turut tidak melepaskan peluang mengunjungi One Stop Shoppe untuk membeli pelbagai barangan yang dijual.
Saksikan rakaman yang sempat diambil alk yang bertugas.

 Memilih busana raya.

 Memilih tudung shawl.

 Meriah.

 Adik ini kelihatan teruja melihat kuih-kuih raya.

Kuih raya semua nampak sedap-sedap.

Tuesday 21 June 2016

Sambutan Jubli Intan Maktab Koperasi Malaysia Peringkat Negeri Melaka

Tarikh: 19 Jun 2016 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 8.00 malam
Tempat: Hotel Ramada Plaza, Melaka

Pada hari ini, salah seorang ahli lembaga Koperasi SMKPZ Berhad, Puan Nor Wahidah binti Jalil telah terpilih bagi mewakili Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengerusi Koperasi SMKPZ Berhad bagi menghadiri Sambutan Jubli Intan Maktab Koperasi Malaysia Peringkat Negeri Melaka.
Sambutan ini telah dirasmikan oleh Dato' Haji Abdul Fattah Haji Abdullah, Presiden ANGKASA.
Di dalam program tersebut, Puan Nor Wahidah telah mengikuti Ceramah E-Pembayaran & Kesedaran Jenyah Kewangan dan Bicara Ramadan.
Semoga ilmu yang diperolehi beliau di dalam program ini dapat dimanfaatkan bagi memajukan Koperasi SMKPZ Berhad.

Bergambar kenangan bersama bunting program.

Bergambar kenangan di dalam dewan Hotel Ramada Plaza.

Monday 13 June 2016

One Stop Shoppe berbisnes seperti biasa

Jangan ingat di bulan Ramadhan ni One Stop Shoppe tutup seperti kantin sekolah. Perniagaan berjalan seperti biasa. Datanglah beramai-ramai bagi memilih tudung shawl dan busana yang baru sampai.

Memilih warna tudung untuk dipadankan dengan baju raya tahun ini.

Membuat bayaran bagi produk yang dipilih.

Sunday 12 June 2016

Jualan Hebat Di One Stop Shoppe

Sempena bulan Ramadhan menyusur Syawal, One Stop Shoppe kini mengadakan jualan hebat pelbagai barangan seperti busana dari butik, kuih raya, selipar, kerongsang, tudung shawl, tempeyek dan kerepek.
Dapatkan segera sebelum kehabisan stok.

Kuih raya yang lazat.

Pelbagai pilihan busana daripada butik terkenal.

Tudung shawl pun ada. Bagi yang uzur ada pelbagai pilihan air sejuk untuk dibeli dan boleh dinikmati secara sorok-sorok di belakang tudung-tudung tu.

Tak lengkap kalau tak beli selipar baru untuk ke masjid di pagi lebaran.

Tempeyek dan air berkarbonat, duduk di depan tv di pagi raya sambil melihat sarkis, tahu-tahu dah habis. Wajib beli sebalang untuk setiap ahli rumah.

Kerepek pisang wajib ada dalam balang kuih raya di pagi lebaran. Satu bungkus tak cukup, paling kurang lima bungkus.

Kalau tempah lima pasang baju raya mesti ada lima tudung untuk dipadankan. Mesti beli lebih dari lima kerongsang, barulah merelip-merelap di hari raya. Beli juga satu untuk anak, ibu, ibu mertua atau besan anda.

Kerongsang reka bentuk terkini.

Tailor dah tutup tempahan baju raya? Jangan bimbang, ada banyak untuk dipilih di sini.

Thursday 2 June 2016

Koperasi SMKPZ Menghargai Jasa Guru

Dalam program sambutan Hari Guru Peringkat SMKPZ 2016 yang berlangsung pada Khamis, 26 Mei 2016 baru-baru ini, Koperasi SMKPZ telah menyumbangkan beberapa item sebagai menzahirkan penghargaan di atas jasa-jasa yang disumbangkan oleh guru-guru SMKPZ dalam mendidik anak bangsa kita.
Antara sumbangan yang disampaikan ialah Kek Selamat Hari Guru, hadiah berbentuk hamper untuk acara sukaneka dan cabutan bertuah serta penanda buku.
Koperasi SMKPZ juga mengambil kesempatan menyediakan jualan berbentuk hadiah makanan ringan bagi para pelajar yang ingin menghadiahkannya kepada guru-guru kesayangan mereka.
Guru Pembina Negara Bangsa.

Jeng, jeng, jeng! Mari kita lihat isinya.

Cantiknya!
 
Penanda buku.

Hamper untuk sukaneka dan cabutan bertuah.

Antara ahli-ahli yang menyumbang tenaga menyediakan hamper dan goodies.
 
Bersama goodies yang bakal dijual.