Wednesday 20 May 2015

Koperasi SMKPZ menghargai jasa guru

Koperasi SMKPZ menghargai jasa guru-guru sekolah ini dengan menyumbang goodies bag pada sambutan hari guru peringkat sekolah yang lalu. Antara kandungan di dalam beg tersebut ialah buku nota, pen, beg syiling dan air kotak. Terima kasih cikgu! Ikuti rakaman hari guru SMKPZ di ppkismkpz.blogspot.com

Aktiviti Khidmat Masyarakat: “Pelajar Masuk Kampung”



Hari:  Rabu
Tarikh: 13 hb Mei 2015
Masa: 2.30 petang
Tempat: Tanah Perkuburan Taman Paroi Jaya
 
Tentatif program: 
1. 2.30 petang: Pelajar berkumpul dan pendaftaran
2. 2.45 petang: Bergerak ke tanah perkuburan.
3. 3.00 petang: Taklimat dann gotong royong bermula.
4. 4.15 petang: Kudapan
5. 4.45 petang: Bersurai  

Selaras dengan tema sambutan Hari Koperasi Peringkat Kebangsaan 2015 iaitu "Koperasi Berprihatian Terhadap Masyarakat", Aktiviti Khidmat Masyarakat: “Pelajar Masuk Kampung” iaitu gotong-royong membersih Tanah Perkuburan Taman Paroi Jaya oleh ahli-ahli Koperasi SMKPZ Berhad telah diadakan mengikut ketetapan seperti di atas.

Ikuti rakaman yang sempat diambil oleh Puan Nor Wahidah, Pengurus Besar Koperasi SMKPZ Berhad.


Taklimat sedang berlangsung.

Gotong-royong sedang berlangsung.

Tekun menyangkul rumput.

Ahli-ahli koperasi membersihkan tanah perkuburan.

Kudapan.

Mengapa encik menangis di kubur ibu saya? Ceh, itu dialog filem Ibu Mertuaku.

Monday 11 May 2015

Sambutan Hari Koperasi Peringkat SMK Pendeta Za'ba

Dengan tema "Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat", Sambutan Hari Koperasi Peringkat SMK Pendeta Za'ba akan diadakan pada pagi hari Rabu, 27 Mei 2015. Encik Mazlan bin Mohamad, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Seremban telah dijemput untuk merasmikan sambutan hari koperasi sekolah kita pada tahun ini.
Pelbagai aktiviti telah dirangka pada tahun ini. Antaranya ialah perhimpunan, penanaman pokok koperasi dan mini karnival. Orang ramai dijemput hadir.

 Jualan makanan semasa karnival (sekadar gambar hiasan).

Permainan golf semasa karnival (sekadar gambar hiasan)