Pengenalan

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1990. Koperasi yang pada asalnya bernama Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Paroi Jaya kemudiannya berubah nama menjadi Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba Berhad pada tahun 2001 selaras dengan pertukaran nama sekolah.

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba Berhad yang pertama telah diadakan pada 20 Mei 1997 di Dewan Sri Pendeta dan dihadiri oleh:
  1. Puan GM Mahalatcheemee (Pegawai Ehwal Ekonomi Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Sembilan)
  2. Puan Hajah Siti Rohani (Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba)
  3. Encik Azmi bin Basir (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba)
  4. Ahli-ahli Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba.
Koperasi sekolah menjana pendapatan dengan menjual buku, makanan, alat kelengkapan sekolah serta baju sukan sekolah. Pada awal tahun 2015, koperasi menambah satu lagi tapak untuk menjana pendapatan iaitu One Stop Shoppe di belakang astaka sekolah di mana ia memberi peluang warga sekolah untuk meletakkan pelbagai jenis barang jualan dengan pihak koperasi hanya mengambil sahaja sedikit dalal.

Sesungguhnya Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba Berhad mempunyai potensi yang lebih besar untuk maju ke hadapan.

No comments:

Post a Comment