Wednesday 13 July 2016

Majlis Sumbangan Pelajar Miskin & Cemerlang SMKPZ 2016 Anjuran Koperasi SMKPZ Berhad

Tarikh: 14 Julai 2016 (Rabu)
Masa: 1.00 petang
Tempat: Kelab Diraja Sungei Ujong

PENGENALAN
Majlis penyampaian sumbangan kepada ahli koperasi di kalangan pelajar yang kurang berkemampuan dan cemerlang dalam bidang akademik adalah untuk memberi sedikit penghargaan dan menunjukkan keperihatinan Koperasi SMK Pendeta Za’ba Berhad terhadap pelajar tersebut.

Setiap koperasi sekolah ada memperuntukkan kewangan dari tabung kewangan untuk pelajar yang terpilih dan merupakan salah satu tanggungjawab koperasi dalam membantu dan menghargai ahli-ahli koperasi.

OBJEKTIF
1. Menghargai dan meraikan ahli koperasi yang cemerlang dalam bidang akademik. 
2. Menanam sifat keperihatinan terhadap ahli koperasi yang kurang berkemampuan.

MATLAMAT
Mewujudkan kerjasama, menghargai, keperihatinan dan hubungan yang baik terhadap ahli koperasi SMK Pendeta Za’ba Berhad

Jumlah penerima cemerlang akademik: 15 orang
Jumlah penerima kurang berkemampuan: 20 orang

Rakaman gambar:
 
 Majlis bermula.

 Bacaan doa oleh Saudara Adam.

 Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ menyampaikan ucapan beliau.

 Tekun mendengar amanat yang disampaikan.

 Rezeki yang diperolehi koperasi dikongsi bersama.

 Wah cantik banner tu, sapa la yang design?

 Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah menyampaikan sumbangan.

 Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah menyampaikan sumbangan.

 Yang Berusaha Puan Norhayati binti Abdul Rahman, GPK Ko-Kurikulum mewakili Koperasi SMKPZ Berhad menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah binti Burok.

 Mengaminkan doa makan.

 Bersyukur dengan rezeki yang dinikmati bersama.

Habis semua makanan, tiada pembaziran.

No comments:

Post a Comment