Wednesday 1 February 2017

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi SMKPZ Berhad Kali Pertama Sesi 2017

Tarikh: 1 Februari 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Wawasan, SMK Pendeta Za'ba

Pada hari hari ini telah diadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi SMKPZ Berhad Kali Pertama Sesi 2017. Mesyuarat pada pagi ini telah dihadiri oleh semua Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi SMKPZ Berhad.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengerusi Koperasi SMK Pendeta Za'ba. Pengerusi di dalam ucapannya telah menegaskan kepentingan menerapkan sifat siddiq, tabligh, amanah dan fatanah di kalangan ahli-ahli lembaga koperasi guru dan pelajar bagi meneruskan kejayaan Koperasi SMKPZ Berhad.
Beliau turut mengutarakan beberapa idea bernas bagi terus memajukan koperasi seperti mengadakan aktiviti jualan bulanan dan mempelbagaikan lagi jualan di kedai koperasi serta One Stop Shoppe. Para pengurus juga turut membentangkan laporan aktiviti bagi tahun 2016 serta perancangan bagi tahun 2017.
Saksikan rakaman yang sempat saya buat.

Puan Hajah Hamidah mempengerusikan mesyuarat.
 
 Mesyuarat berlangsung dalam suasana muhibah.

Puan Hazalila (bertudung ungu) menggantikan Puan Nor Suakma sebagai Setiausaha Koperasi SMKPZ Berhad mulai tahun ini.

No comments:

Post a Comment