Monday 10 August 2015

Sambutan Hari Koperasi SMKPZ

Tarikh: 27 Mei 2015 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini telah diadakan Sambutan Hari Koperasi SMKPZ. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Mazlan bin Mohamad, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Seremban. Pelbagai aturcara menarik telah berlangsung seperti bacaan perutusan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Koperasi dan Usahawan, bacaan perutusan Yang Berhormat Menteri Pendidikan, penanaman pokok koperasi dan lawatan ke One Stop Shoppe.

Saksikan tatapan rakaman foto hari kejadian.

Yang Berusaha Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengerusi Koperasi SMKPZ sedang menyampaikan ucapan.

Yang Berbahagia Encik Mazlan bin Mohamad sedang merasmikan sambutan hari koperasi.

Puan Hajah Rosmala menerima Anugerah Kooperator Contoh.

Yang Berbahagia Encik Mazlan bin Mohamad sedang merasmikan Tiang Sepanduk Koperasi SMKPZ.

Bergambar kenangan di hadapan Tiang Sepanduk Koperasi SMKPZ.
 
Sedang menanam pokok koperasi.

Sedang menyiram pokok koperasi.

Melawat One Stop Shoppe.

No comments:

Post a Comment