Sunday 23 April 2017

Pasukan Lelaki Petanque SMKPZ Johan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sembilan 2017

Tarikh: 22 April 2017 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 malam
Tempat: Gelanggang Petanque Majlis Perbandaran Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tahniah diucapkan kepada pasukan beregu bertiga petanque SMK Pendeta Za'ba yang telah menjadi johan di dalam Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sembilan 2017. Di dalam kategori yang turut disertai oleh 47 sekolah lain ini, pasukan SMK Pendeta telah mengharungi sebanyak tujuh perlawanan sebelum menjadi juara.

Berikut adalah keputusan perlawanan-perlawanan yang dilalui oleh pasukan SMKPZ.
SMKPZ 9 - SMK Mantin 2
SMKPZ 9 - SM Teknik Kuala Klawang 0
SMKPZ 9 - SM Tinggi Port Dickson 1
SMKPZ 9 - SMK Mantin 0
SMKPZ 9 - SM Agama Persekutuan Labu 3
SMKPZ 9 - SM Teknik Tuanku Jaafar 1
SMKPZ 13 - SMK Bandar Baru Serting 2

Pasukan SMKPZ akan mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2017 di Pulau Pinang yang dijangka berlangsung pada bulan Ogos 2017 nanti. Saksikan rakaman sekitar kejohanan yang telah dikongsikan oleh Puan Fauziah binti Muhammad iaitu pengurus pasukan petanque SMKPZ.

 Sesi memanaskan badan. Kalau semasa perlawanan berlangsung mesti membuat lontaran dalam gelung plastik.

 Menuju ke tempat permulaan perlawanan.

 Insya Allah berjaya.

 Menentukan pasukan mana yang bermula dulu.

 Menghitung mata.

 Mengkaji startegi yang ingin digunakan.
 
 Tiba akhirnya ke perlawanan akhir.

 Guru-guru pengiring pasukan SMKPZ.

 Lawan SMKPZ di peringkat akhir iaitu pasukan SMK Bandar Baru Serting.

 Bersama hadiah kemenangan.

Jangan lupa singgah di Kedai Nasi Kandar Beratur Masjid Kapitan Keling Ogos nanti!

No comments:

Post a Comment