Monday 24 April 2017

Meraikan Persaraan Puan Hajah Hamidah binti Burok

Tarikh: 23 April 2017 (Ahad)
Masa: 8.00 malam hingga 10.30 malam
Tempat: Ilham Resort Port Dickson

Pada malam ini dengan perasaan berat hati warga Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad telah meraikan persaraan Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengerusi Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad yang juga merupakan Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba. Berat hati bukan kerana untuk menghadiri majlis tersebut tetapi berat hati di sini bermaksud untuk melepaskan Puan Hajah Hamidah yang bersara secara rasminya pada 23 April 2017.
Turut diraikan dalam majlis makan malam ini ialah pertukaran Puan Nor Hayati binti Abdul Rahman, Naib Pengerusi Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad merangkap GPK Ko-Kurikulum SMK Pendeta Za'ba yang bertukar ke SMK Seremban 2 dan juga pertukaran Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK PPKI SMK Pendeta Za'ba yang bertukar ke SMK Panchor.
Mendiang Bob Marley pernah berkata, "Good friends we had, oh good friends we've lost along the way." Peristiwa persaraan dan pertukaran harus dipandang positif oleh kita untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan ini. 

 Pandangan resort dari bilik penginapan kami.

 Bukan main susah nak cari parkir. Something for the management to improve in the future...

 Melihat para pengunjung mandi pantai.

 Kolam hotel dan kanak-kanak kecil tak dapat dipisahkan.

 Barbeque bermula di Hut Number 5.

 Cikgu Roslan (kiri) dan Cikgu Hadi bersama dayang-dayang yang membawa kek.

 Puan Hasmah (bertudung) datang bersama Cik Sakiya.

 Puan Hajah Hamidah datang bersama suami beliau yang tercinta.

 Pengacara majlis meraikan kedatangan para hadirin.

 Ustaz kita membaca doa pembuka majlis.

 Amin.

 Puan Nor Hayati menyampaikan ucapan beliau.

 Puan Hajah Hamidah menyampaikan ucapan beliau.

 Kek hari lahir Puan Hajah Hamidah.

Kek perpisahan Puan Nor Hayati dan Puan Hasmah. 

 Nyanyian lagu Selamat Hari Lahir bergema.
 
 Dah padam pun lilin.

 Puan Hajah Hamidah disuapkan kek oleh suami tersayang.

 Puan Nik Norma menyampaikan hadiah kepada Puan Hajah Hamidah.

 Wakil Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad  menyampaikan hadiah kepada Puan Hajah Hamidah.

 Puan Hasmah dan Puan Nor Hayati memotong kek.

 Nyam, nyam!

 Wakil Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad menyampaikan hadiah kepada Puan Nor Hayati.

 Puan Nik Norma menyampaikan hadiah kepada Puan Nor Hayati.

Puan Nor Wahidah menyampaikan hadiah kepada Puan Nor Hayati

Puan Nik Norma menyampaikan hadiah kepada Puan Hasmah.

 Wakil Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad menyampaikan hadiah kepada Puan Hasmah.

 Puan Nor Wahidah menyampaikan hadiah kepada Puan Hasmah.

 Jamuan bermula.

 Ada sandwich, mee goreng, nasi goreng, tembikai, macam-macam la.

 Tetamu-tetamu kehormat menikmati jamuan.
 
 Fuh, berapi!

 Tema malam ni Hawai, tengok gelung bunga atas kepala Cik Sakiya tu.

 Tambah, tambah. Ada banyak lagi.

Sempat lagi buat tanda peace.

 Sarapan pagi di kafeteria hotel.

 Tertib je para pelajar lelaki ni makan.

 Pelajar perempuan pun sama.

Puan Hajah Hamidah dan suami menikmati sarapan.

Akhir kalam dari saya untuk posting ini, selamat bersara kepada Puan Hajah Hamidah. Kepada Puan Nor Hayati dan Puan Hasmah pula selamat bertugas di tempat baru.

No comments:

Post a Comment