Wednesday 16 August 2017

Mesyuarat ALK

Tarikh: 16 Ogos 2017 (Rabu)
Masa: 3.30 petang hingga 4.15 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Wawasan

Pada hari ini telah diadakan satu mesyuarat ringkasan ahli lembaga koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad. Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan pelbagai hal seperti kewangan, jualan, promosi, perpindahan Puan Nik Norma serta perpindahan koperasi ke tempat baru.

Antara hal penting yang dibincangkan pada hari ini ialah cadangan untuk memindahkan kedai koperasi ke One Stop Shoppe. One Stop Shoppe akan diubahsuai menjadi bangunan yang lebih baik bagi menempatkan kedua-dua kedai koperasi dan One Stop Shoppe.

Mesyuarat pada hari ini juga merupakan mesyuarat yang terakhir dihadiri oleh bendahari kita iaitu Puan Nik Norma. Beliau akan berpindah ke SMK Seri Ampangan. Tahniah diucapkan atas kenaikkan pangkat sebagai ketua bidang di sekolah yang baru. Terima kasih di atas jasa-jasa yang telah Puan curahkan.

Saksikan rakaman yang sempat saya buat.

 Puan Ramona binti Rosli mempengerusikan majlis.

 Mesyuarat sedang berlangsung.

Puan Nor Wahidah (dua dari kiri) sedang bertanyakan sesuatu. 

No comments:

Post a Comment