Monday 29 August 2016

Lawatan Penanda Aras Ke Koperasi SMK Kota Bahagian 1

Tarikh: 26 Ogos 2016 Jumaat (bertolak dari sekolah) hingga 29 Ogos 2016 Isnin (tiba kembali di sekolah)

Koperasi SMK Kota Berhad, Kota Bharu, Kelantan telah dipilih oleh pucuk pimpinan Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad untuk dilawat pada tahun ini untuk dilaksanakan lawatan penanda aras. Koperasi SMK Kota mempunyai reputasi yang tinggi iaitu salah satu koperasi sekolah yang mampu menjana jualan tahunan melebihi RM300000. Ada tahun yang jualannya melebihi RM800000. Dividen tahunan adalah 100% bagi beberapa tahun kebelakangan ini malah ada tahun yang dividennya ialah 150%.  

Daripada kefahaman saya yang mengikuti taklimat oleh Puan Madihah binti Haji Muhammad, bendahari koperasi berkenaan saya dapati kejayaan disokong oleh pelbagai faktor seperti:
  1. Kewujudan pasar raya koperasi (suasana 7 Eleven di dalamnya) di dalam sekolah yang menjual pelbagai barangan runcit termasuk makanan dan minuman.
  2. Kewujudan perniagaan fotostat yang sangat kompetitif harganya iaitu 5 sen sekeping. Difahamkan kedai-kedai fotostat berhampiran sekolah ini turut gulung tikar kerana penduduk sekitar serta sekolah-sekolah berhampiran turut menggunakan perkhidmatan di sekolah ini.
  3. Pembelian barangan untuk keperluan sekolah seperti alat tulis, kertas dan buku turut dibuat melalui koperasi.
  4. Pembelian uniform dan t-shirt badan beruniform dibuat melalui koperasi.
  5. Penjualan baju batik dan kain batik kepada warga sekolah adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai berhampiran serta boleh dibayar secara beransur-ansur.
  6. Kewujudan perniagaan dobi yang disokong warga sekolah.
  7. Kewujudan kiosk yang menjual wafle serta pelbagai makanan ringan dan kedai runcit yang terletak betul-betul di berhampiran jalan utama di depan sekolah mempunyai bilangan pelanggan setia yang ramai.
  8. Penawaran pakej pelancongan berpusatkan sekolah. Pakej serendah RM140 seorang selama 3 hari 2 malam merangkumi persembahan kebudayaan di dewan sekolah berserta makan beradat, menangkap ikan keli di sawah, bermain layang-layang serta melawat tempat-tempat menarik di sekitar sekolah. Ia turut menyokong industri homestay di sini. 
  9. Koperasi SMK Kota turut menawarkan perkhidmatan Ejen Bank Bank Simpanan Nasional. Jadi warga sekolah boleh membuat pengeluaran tunai dan melunaskan bayaran bil tanpa perlu ke pusat bandar.
  10. Pekerja-pekerja luar (pembantu koop sepenuh masa) diupah dalam bentuk bayaran elaun harian RM20 hingga RM30 untuk mengoperasikan aktiviti harian koperasi. Tiada lagi pengawas koperasi atau guru yang menjaga kaunter bayaran atau mengendalikan barangan (kalau ada buat waktu lain tak tahu la tetapi masa lawatan memang tak ada cikgu atau murid yang jaga kaunter bayaran, kendali mesin fotostat dan kiosk tu). 
Mungkin ada lagi tetapi yang tersenarai di atas adalah antara yang sempat saya catat dalam taklimat oleh pihak koperasi sekolah berkenaan. Banyak yang dipelajari dan yang banyak yang perlu dibuat oleh Koperasi SMKPZ Berhad untuk sampai ke tahap Koperasi SMK Kota Berhad. Koperasi berkenaan juga berjaya menjual makanan dan minuman dengan jayanya tanpa bantahan yang serius oleh pengusaha kantinnya. Pengusaha kantinnya turut dikhabarkan membeli barangan keperluan operasi hariannya dari pasar raya koperasi :)

Sekian ulasan laporan lawatan ke Koperasi SMK Kota Berhad dan mari saksikan rakaman foto yang sempat saya buat. Kalau gambar tak cantik atau tak ada jangan marah, saya bukan cameraman profesional...

Hari Pertama: Jumaat, 26 Ogos 2016

4.15 petang: Bertolak dari sekolah.

 Puan Hajah Hamidah menyampaikan kata-kata aluan kepada ahli-ahli rombongan.

 Menandatangani borang kehadiran.

5.40 petang: Solat di Masjid Bandar Baru Seri Jempol.

 Puan Nor Wahidah sedang membincangkan sesuatu dengan Encik Zali.

 Membaca jambatan ilmu.

 Hujan lebat di luar bas, dalam bas sejuk tahap salji.

7.15 petang: Felda Keratong 3.

8.00 malam: Minum di Bandar Muadzam Shah.

Minum-minum saja, nak makan ikan bakar lepas ni.
 
 Memilih durian untuk dimakan.

 WPA XXXX ini lagi tua dari Honda Accord den ni kata Cikgu Roslan.

10.30 malam: Makan malam, pengurusan diri serta solat di Kedai Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan.

Dah tak ada orang sangat, maklum la dah nak tengah malam.
 
 Menunggu ikan bakar petai.

 Menunggu sotong celup tepung.

12.00 tengah malam: Perjalanan bersambung.

No comments:

Post a Comment