Monday 29 August 2016

Lawatan Penanda Aras Ke Koperasi SMK Kota Bahagian 2

Tarikh: 27 Ogos 2016 (Sabtu)


5.00 pagi: Buang air di Petronas Pasir Puteh 2.

6.00 pagi: Solat subuh dan pengurusan diri di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.


 Cantik masjid ini. Kemudahan tandas yang baik. Jemaahnya ramai. Ada ceramah tafsir Al-Quran pada pagi itu.

7.15 pagi: Sarapan Roti Canai Cotek (depan HUSM Kubang Kerian)

 Sedap kata Puan Hajah Hamidah.

9.00 pagi: Membeli-belah di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

 Puan Fauziah memilih baju yang berkenan di hati.

 Encik Abdul Hadi menikmati pulut berintikan kelapa.

 Puan Nor Wahidah (kiri) jatuh terduduk bila mendengarkan jumlah bayaran cukai yang perlu dibayar bagi barangan yang dibelinya oleh pegawai kastam (lelaki tengah yang beruniform).

 Encik Abdul Hadi tenang sahaja melintasi pos kastam (dia tak beli apa-apa).

 Menunggu kawan-kawan lain yang belum habis shopping.

12.30 tengah hari: Melawat Nordin Batik And Craft, Kampung Sireh

 Ada bengkel batik, boleh lihat kaedah batik dihasilkan.

 Kalau tak sabar tak boleh buat kerja-kerja macam ni.

 Puan Rosmala memilih kain batik.

 Puan Hajah Hamidah bergambar kenangan bersama ibu dan adik Puan Nor Wahidah.

 Puan Hajah Hamidah dan suami menyukai barangan yang dijual di sini.

 Berbincang banyak mana nak diborong kain-kain di sini.

1.45 tengah hari: Makan tengah hari di Restoren Nasi Ulam Cikgu, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

 Ramainya, macam makan kenduri kahwin.

 Pilihan lauknya simple tapi panas-panas. Ada ayam goreng, ikan masak singgang, ikan masak asam pedas, sayur kubis masak lemak, ulam-ulaman and of course budu.

2.45 petang: Membeli-belah di Pasar Siti Khadijah

 Saya solat di sini, Masjid Al-Barqah. Ada pendingin hawa dan ada kuliah agama masa saya di situ. Kemudahan tandas OKUnya juga baik.

 Suasana di tingkat bawah Pasar Siti Khadijah. Pasar ini masih dalam proses naik taraf.

 Di tingkat atas. Saya membeli serunding di tingkat.ini.

 Pagi gadai gelang emas buat modal berniaga. Dah untung petang nanti tebus balik.

 Memilih keronsang untuk yang tersayang.

4.30 petang: Membeli-belah di Bazar Tok Guru.

 Berbondong-bondong turun untuk meneruskan misi mencari yang termurah dan berkualiti.

 Kakak driver kita sedang mencuba baju yang berkenan di hatinya.

 Nampak cantik-cantik semuanya.

6.00 petang: Minum petang di Kedai Makan Acu Tera, Pantai Sabak.

 Ikan, ketam, sotong dan udang celup tepung. Yang mana ada gout memang azab la lepas ni. Kawan saya makan ubat siap2. Kih, kih, kih!

 Hanya empat hero dari SMKPZ. Dari kanan Encik Abdul Hadi, Tuan Haji Roslan, Encik Suhaimie dan saya.

 Pulut mangga. Selain pulut ada dimasukkan santan dan gula merah.

 Pulut durian. Ini pun turut dimasukkan santan. Salah satu makanan kegemaran arwah abah saya.

7.30 malam: Daftar masuk Homestay Nik Adik berhadapan Nasi Kukus Ana, Chabang 4.

10.30 malam: Membeli-belah di Wakaf Che Yeh.

 Encik Abdul Hadi memilih t-shirt yang hendak dibeli.

 Menawar harga barangan yang ingin dibeli.

Ngeri juga bila tengok Encik Abdul Hadi memilih pisau. Tengok-tengok saja rupanya.

1.00 pagi: Tiba di Homestay Nik Adik. Tidur, esok nak bangun awal lagi.

No comments:

Post a Comment