Monday 29 August 2016

Lawatan Penanda Aras Ke Koperasi SMK Kota Bahagian 4

Tarikh: 28 Ogos 2016 (Ahad)


1.00 tengah hari: Bertolak dari SMK Kota ke Kuala Terengganu.


4.30 petang: Membeli-belah di Pasar Payang.

 Encik Suhaimie ranggi sungguh hari ini.

 Bagi yang tertanya-tanya di mana gambar di atas tadi diambil.

 3 bungkus RM10. Boleh campur-campur.

 Memilih barangan yang ingin dibeli di dalam Pasar Payang.

 Macam-macam makanan untuk dipilih.

 Operasi durian bermula.

 Sangat sedap. Maklumlah orang belanja.

6.30 petang: Melawat Masjid Kristal. Pengurusan diri dan solat Maghrib.

 Gambar orang depan saja yang jelas. Kih, kih, kih!

 Di hadapan pintu gerbang Masjid Kristal.

 Mengaminkan doa imam. Syukur dapat berjemaah di sini.

 Masjid Kristal di waktu malam.

 Rakaman sudut lain Masjid Kristal di waktu malam.

8.10 malam: Membeli keropok losong di Kampung Haji Losong.

 Saya nak beli 5 bungkus. Saya pula nak 20.

 Puan Hajah Hamidah borong sakan keropok losong.

 Memang tak sah datang Kuala Terengganu kalau tak beli keropok losong.

8.45 malam: Makan malam di Syazlan Seafood, Bukit Payong.

 Encik Suhaimie menikmati kuetiau kungfu.

Servis kedai ini pantas. Tandasnya bersih.

9.15 malam: Bertolak pulang ke SMK Pendeta Za'ba.

11.15 malam: Berhenti di RNR Kijal.

Tarikh: 29 Ogos 2016 (Isnin)

2.30 pagi: Berhenti di Petronas Palong 16.

3.15 pagi: Bas mengisi minyak di Petron Bahau.


4.30 pagi: Tiba di SMK Pendeta Za'ba.

 Ni siapa punya rambutan tertinggal dalam bas ni?

 Tak ada jawapan. Semua mamai. Abang driver ambik la.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment